Monday, August 10, 2009
Sunday, August 9, 2009
Perlaksanaan SEGAK
TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) 2009
Tarikh : 19 Februari 2009
Tempat : SMK Taman Sutera Johor Bahru
Masa : 2.00 petang
Agenda :
1) Ucapan Pengerusi ( En Rohaizat- JU PJ/PJK)
Mengucapkan selamat datang kepada En Baba Bin Ismail dan kepada semua guru-guru yang hadir pada petang itu.
2) Ucapan En Baba Bin Ismail
- Mengucapkan selamat datang kepada semua guru.
- Menyentuh mengenai Program SEGAK beliau menegaskan bahawa perlaksanaan menyeluruh akan dijalankan pada tahun 2009 iaitu bulan Mac dan Ogos.
- Beliau menerangkan tentang objektif Program SEGAK.
- Program SEGAK perlu dilaksanakan menyeluruh dengan betul mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Program SEGAK perlu dilaksanakan pada waktu Pengajaran dan Pembelajaran PJ/PJK
- Ciri-ciri keselamatan perlu diambil kira dalam melaksanakan program ini. Murid yang tidak sihat tidak boleh dipaksa.
- Beliau berharap program segak dapat dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3) Penerangan Program Segak (En Rohaizat)
- En Rohaizat menerangkan prosedur yang betul dalam melaksanakan Program SEGAK, seperti di dalam (Buku Panduan Segak)
- Beliau memberikan ‘ CD’ bagi memudahkan guru dalam melaksanakan Program tersebut.
- Program SEGAK perlu dilaksanankan serentak ( 4 stesen ) dan melibatkan guru PJ/PJK.
- Semua data yang telah disiapkan selepas ujian perlu diberikan kepada guru data untuk dilengkapkan sepenuhnya.
- Disket akan diberikan kemudian.
- Beliau memberikan tarikh perlaksaan SEGAK 2009. (lihat lampiran 1)
- Beliau mengharapkan program SEGAK yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
- Pihak ‘PPD’ akan datang kesekolah untuk memantau program SEGAK.
- Semua sekolah perlu menjalakan mengikut ketetapan yang telah dibuat.
LAMPIRAN 1 :
JADUAL PERLAKSANAAN SEGAK
BULAN
MAC
Perlaksanaan Program SEGAK kali Pertama
9-21 Mac 2009
(telah menjalankan program)
Pihak PPD datang memantau guru-guru di sekolah.
APRIL
Pengumpulan Data SEGAK
- Daerah
- Negeri
OGOS
Perlaksanaan Program SEGAK kali Ke 2.
3-21 Ogos 2009
SEPTEMBER
Pengumpulan Data SEGAK
- Daerah
- Negeri
OKTOBER
Pengumpulan Data peringkat Kebangsaan
(Rumusan)
Disediakan oleh :
(ROZIANA BINTI HJ SAJAK)
KETUA PANITI PJ/PJK SK TAMAN PERLING
Posted by Qisah Qaisara 08 at 8:01 PM 0 comments
Labels: Maklumat kepada Guru PJ?PJK
Wednesday, August 5, 2009
Ujian Segak bermula lagi..
Ujian segak sudah bermula lagi...
Maknanya ujian ini adalah kali yang ke 2 yang akan dilaksanakan pada tahun
2009. 2 buah kelas tahun 4 iaitu 4 Bijak dan 4 Cerdik telah tamat
melaksanakan ujian dengan jayanya.. Tahniah diucapkan kepada
mereka!!
Posted by Qisah Qaisara 08 at 9:27 PM 0 comments